Saturday, February 21, 2009

rintihan nuraniku

RINTIHAN NURANIKU

Detik berlalu
saat demi saat
minit, jam, hari, tahun
melewati suka duka liku-liku hidupku

Tuhanku
Kau lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatiku,
Kau lebih tahu apa yang terbuku di hatiku,
Kau lebih arif dariku tentang kehidupan,

Hatiku kian gelap
Kian hari makin keras aku terasa,
Ya Allah lembutkanlah hatiku,
Janganlah butakan hatiku untuk menilai

Tuhanku
Kenapa dugaan ini kau hadirkan,
Sedangkan aku xmampu bernafas tanpa hadirnya Dia,
Ya tuhan aku merayu padamu,
Kembalikanlah dia kepadaku,
Aku tak sanggup untuk kehilangan nya

Ya tuhan
Andai begini jadinya,
Mengapa perlunya pertemuan ini,
Kenapa hadirkan rasa cinta ini,
Kenapa mesti rasa cinta ini mekar dalam hatiku,

Ya Tuhan,

Bukakanlah pintu hatinya,
Andai dia bukan milikku,
Hadirkanlah kebahagiaan buat dirinya,
Kerana aku merindukan senyumannya,

Tuhanku,
Aku terlalu lemah untuk menahan rasa hati ku ini,
Aku tak berdaya untuk terus hidup dalam mimpi aku sendiri,
Aku xmampu untuk bernafas tanpa dirinya,
Namun aku redha,
Kerana aku tahu aku xlayak untuk dia,
Aku xmampu untuk buat dia tersenyum,
Aku xmampu untuk bahagiakanya,

Ya Tuhan,
Bantulah aku , kau lebih maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu,
Kaulah yang mengaturkan segalanya,
Sesungguhnya aku hanya insan yang hina,
Terlalu rendah rasanya diriku,

Ya Tuhan ,
Hadirkanlah kegembiraan dalam hari-harinya,
Kuatkanlah hatiku untuk melalui hari-hariku tanpanya,
Walau payah aku kan cuba untuk terima kenyataan,
kaulah Yang Satu
dengarkanlah …
rintihan nuraniku……


Nukilan:
Shahrizan A.R
(
shah_8806@yahoo.com.my)
Universiti Teknologi Malaysia

No comments:

Post a Comment