Tuesday, March 17, 2009

cinta bg ku




BUKAN MUDAH MENCINTAI

Pertama ku lafaskan kata cinta,

Ku tahu inilah yang terakhirnya,

Walau telah beberapa kali perkataan itu terungkap,

Namun wujud perbezaan antara setiapnya,

Mungkin bagimu mudah melafaskan kata cinta,

Namun bagiku sukar untuk ku ucapkan,

Kerana kata cinta bukan mainan bagiku,

Kerana kata cinta bukan hanya sekadar kata,

Dalam mencari cinta,

Telah acapkali hati ini tersungkur,

Dengan permainan dunia semata-mata,

Yang hanya mengharapkan kegembiraan dunia,

Dalam mencari cinta insan,

Aku sering dipermainkan,

Namun aku percaya,

Suatu hari nanti akan hadirnya cinta,

Aku bangkit,

Dari lamunan mimpi,

Aku bangun dari mimpi ngeri,

Tentang peristiwa semalam,

Pernah suatu ketika,

Ketika kata cinta yang kau ucap,

Ku terima seikhlas hatiku,

Namun ianya hanya mainan semata-mata,

Walau hatiku terluka,

Namun semua itu xkan mampu membuat aku terus tersungkur,

Bagiku, biar berjuta kali tersungkur,

Aku tetap akan bangkit semula bersama jiwaku,

Biar aku terpaksa menongkah bumi,

Akan tetap ku gagahi diri,

Dalam mencari cinta sejati,

Yang selama ini kucari,

Namun,

Ingatlah insan,

Kita berdiri diatas bumi yang hanya pinjaman,

Walau bagaimanapun kita kejar sesuatu,

Jangan kau terlupa dengan Tuntutan Yang Esa…

No comments:

Post a Comment