Monday, March 2, 2009

SeBuAh PeRjAlaNaN




SEBUAH PERJALANAN

Kasihku,

Dalam meniti hari-hariku,

Dalam mengejar impianku,

Aku seringkali tersilap langkah,

Tersasar dalam dunia ku sendiri.

Kasihku,

Ketika aku mencari jalan kembali,

Kau hadir menunjukkan jalan bagiku,

Kau pimpin tanganku kembali ke destinasi,

Ke arah realiti

Kasihku,

Dengarlah pintaku,

Dengarlah luahanku,

Agar kau tahu apa maksudku,

Bahawa kau terlalu istimewa bagiku.

Duhai kasih,

Satu pintaku,

Kau kan selalu setia bersamaku,

Kau kan sentiasa menemaniku,

Kerana tanpamu,

Siapalah aku,

Kasihku,

Saat aku gundah,

Saat aku rapuh dalam menjalani hari-hariku,

Pimpinlah aku,

Agar aku xkan tenggelam dalam anganku,

Kerana aku xingin kembali seperti dulu

Kasihku,

Ketahuilah oleh dirimu,

Bahawa kau terlalu istimewa bagiku,

Kerana kau inspirasiku.

Kau kekasihku,

sign out,

riz_die-survive

No comments:

Post a Comment