Friday, February 20, 2009

doa bt kekasih


DOA KEKASIH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah..

Seandainya telah Engkau catatkan..

Dia milikku tercipta buatku..

Satukanlah hatinya dengan hatiku.. titipkanlah kebahagian antara kami..

Agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah..Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah..

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku..

Bawalah dia jauh dari pandanganku..luputkanlah dia dari ingatanku..

Dan peliharalah aku adti kekecewaan.. yaAllah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti

Berikanlah aku kekuatan..menolaok bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja yang merah.. agarku sentiasa tenang..

Walau tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku..sesungguhnya Engkau maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

YA Allah..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..Di dunia dan akhirat..

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..di dunia mahupun akhirat..menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah..

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagian di akhirat..dan periharalah kami dari azab api neraka..

Amin Ya rabbil ‘alamin

No comments:

Post a Comment