Saturday, February 28, 2009

PROLOG DIRIKU


PROLOG HATIKU

Kasihku,

Disaat aku mula mengenalimu,

Ku tahu kaulah orangnya,

Dalam kelembutan ada ketabahan,

Dalam kelemahan ada kekuatan,

Dengarkanlah,

Puisi buatmu….

dikala aku sepi,

aku terperangkap dalam diri sendiri,

kau hadir bagi harapan padaku,

kau datang bagiku kekuatan,

dikala aku menyendiri,

kau hadirkan keyakinan buatku,

kau hadirkan bahagia dalam hidupku,

sehinggakan aku terlupa fitrahku,

disaat aku tersungkur,

ku hulurkan tanganmu,

kau bawakan aku kedamaian

kau hadirkan dalam diriku ketenangan,

disaat aku katakan maut didepanku,

kau pujuk hatiku untuk terus bertahan,

kau temani aku dalam kepayahan,

namun aku tahu ianya hanya sekadar angan-angan,

ketika aku dalam kegelisahan,

kau sentiasa ada walau ada kalanya aku hanya melukakan,

dalam kelukaan kau rawat hatiku,

walau ku tahu itu tak akan membuahkan apa-apa perubahan,

namun bagiku semua itu tidak penting,

hadirnya dirimu cukup untuk membuat aku tersenyum,

melihat dirimu gembira cukup untuk membuat aku terlupa siapa aku,

kerana kau kini kekasihku,

kasihku,

aku tahu hubungan ini hanya akan melukakan,

aku tahu sampai masanya aku akan kehilangan senyumanmu,

namun ku juga tahu tanpa kau siapalah aku,

kasihku ,

dalam sayu aku cipta puisi buatmu,

dalam linangan air mata aku luahkan rasaku,

dalam kerisauanku ku bina kekuatanku,

kasihku,

andai suatu hari nanti,

aku terpaksa meninggalkanmu,

senyumlah sayangku,

kerana senyummu kebanggaanku,

sign out,

ri3_die-survive

No comments:

Post a Comment