Wednesday, April 1, 2009

aku dan realiti

Masa berlalu dengan pantas sekali,
Kekadang terasa masa terlalu kejam padaku,
Namun inilah hakikat hidup ku,
Dalam senyumku tersimpan sejuta rahsia,
Dalam tawa ku mengalir air mata,

Hidupku makin menghampiri penghujungnya,
Andai inilah fitrahku aku mengerti,
Andai inilah yang tersurat untuk ku aku terima seadanya,

Ya Allah ampunkan hambamu ini,
Kerana xmampu untuk lalui semuanya,
Hambamu ini dah tidak punya kekuatan ,
Untuk terus melalui,
Untuk terus menghadapi,

Kini tinggal beberapa hari lagi,
Sebelum semuanya menjadi reality,
Ya Allah andai tercatat dalam diari hidupku,
Inilah pengakhiranku,
Aku terima semuanya,

Ya Allah andai kau panjangkan usiaku,
Izinkan aku memiliki cintamu Ya Allah,
Izinkan aku berdiri atas landasanmu Ya Allah,

Ya Allah, hambamu ini berdosa denganmu,
Hambamu ini telah mencemari dunia ciptaanmu,
Ya Allah dalam ku mengejar cinta dunia aku terleka dengan tuntutanmu,

No comments:

Post a Comment