Saturday, February 21, 2009
MiSs YoU
4 EVER N EVER UN TIL BOTH SLEEP 4 EVER
BILA AKU SUDAH TIADA
rintihan nuraniku
RINTIHAN NURANIKUDetik berlalu
saat demi saat
minit, jam, hari, tahun
melewati suka duka liku-liku hidupku
Tuhanku
Kau lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatiku,
Kau lebih tahu apa yang terbuku di hatiku,
Kau lebih arif dariku tentang kehidupan,
Hatiku kian gelap
Kian hari makin keras aku terasa,
Ya Allah lembutkanlah hatiku,
Janganlah butakan hatiku untuk menilai
Tuhanku
Kenapa dugaan ini kau hadirkan,
Sedangkan aku xmampu bernafas tanpa hadirnya Dia,
Ya tuhan aku merayu padamu,
Kembalikanlah dia kepadaku,
Aku tak sanggup untuk kehilangan nya
Ya tuhan
Andai begini jadinya,
Mengapa perlunya pertemuan ini,
Kenapa hadirkan rasa cinta ini,
Kenapa mesti rasa cinta ini mekar dalam hatiku,
Ya Tuhan,
Bukakanlah pintu hatinya,
Andai dia bukan milikku,
Hadirkanlah kebahagiaan buat dirinya,
Kerana aku merindukan senyumannya,
Tuhanku,
Aku terlalu lemah untuk menahan rasa hati ku ini,
Aku tak berdaya untuk terus hidup dalam mimpi aku sendiri,
Aku xmampu untuk bernafas tanpa dirinya,
Namun aku redha,
Kerana aku tahu aku xlayak untuk dia,
Aku xmampu untuk buat dia tersenyum,
Aku xmampu untuk bahagiakanya,
Ya Tuhan,
Bantulah aku , kau lebih maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu,
Kaulah yang mengaturkan segalanya,
Sesungguhnya aku hanya insan yang hina,
Terlalu rendah rasanya diriku,
Ya Tuhan ,
Hadirkanlah kegembiraan dalam hari-harinya,
Kuatkanlah hatiku untuk melalui hari-hariku tanpanya,
Walau payah aku kan cuba untuk terima kenyataan,
kaulah Yang Satu
dengarkanlah …
rintihan nuraniku……
Nukilan:
Shahrizan A.R
(shah_8806@yahoo.com.my)
Universiti Teknologi Malaysia
tRue FrIeNdshiP
Sometimes in life
you find a special friend
Someone who changes your life
just by being part of it.
Someone who makes you laugh
until you can't stop
Someone who makes you believe
that there really is good in the world.
Someone who convinces you
that there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is Forever Friendship.
When you're down,
and the world seems dark and empty,
Your forever friend lifts you up in spirit
and makes that dark and empty world
suddenly seem bright and full.
Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
and the confused times.
If you turn and walk away,
your forever friend follows.
If you lose your way,
your forever friend guides you
and cheers you on.
Your forever friend holds your hand
and tells you that
everything is going to be okay.
And if you find such a friend,
you feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.
Friday, February 20, 2009
indahnya pertemuan

Sayang,
Hadirnya dirimu tidak kumenduga
Kau datang dengan membawa cinta
Seakan kau tahu..betapa aku
Rindukan insan bernama kekasih
Hati ini..
Telah lama rindukan belaian..
Telah lama rindukan kata-kata indah
Telah terlalu lama membeku
Terima kasih saying..
Atas cintamu..
Atas kasihmu
Atas rindumu
Sayangku,
Kita adalah yang terindah
Pinta jiwamu aku tunai erat
Sentuhi hatimu ku belai homat
Kutagih setia..ku pinta taat
Kau beri jiwa serlah iman
Maka pilu dihambat sayu
Betapa aku cintakanmu
Maafkan aku sayang,
Membuat mu sering kerinduan
Kubiarkan dirimu dalam kesepian
Hingga melukakan hatimu..
Aku membuat kau menangis dan
aku sendiri merana
mengapa harus ada air mata
disaat pelagi bahagia menjelma
Merealisasi fantasi kepada realiti
Meneruskan hariku bers`
moiey88 moy: Jika bunga cinta ini nyata milik kita
Belailah ia dengan kasih saying
Siramilah ia dengan kerinduan
Jagalah ia dengan harapan..
Ia mekar indah selamanya
Cinta ini,
Cinta yang terindah
Yang pernah hadir dalam hidupku
Jika turunnya hujan mengubah agenda
Masihkan aku berkesempatan
Memohon maaf kepadamu kasih
Kerna aku sedar..
Aku hanya insan biasa..yang tak bisa sempurna
Jodoh kita Allah menentukan
Hanya Dia yang tahu
Dimanakah sinarnya kebahagian ini
Bisakah cinta kita hingga ke syurga
Bisakah aku menjadi pesona SyurgaNya
Mampukah aku menjadi
Bidadari pelengkap dirimu..
Ku mohon Illahi
Merestui kita..
Bagai mentari kekal bersinar
Bahagia abadi ditaman Syurga..
sahabat
SAHABAT
sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karana sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam manapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episod kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengilap lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit pegangan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi susuk yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cubaan itu menghantam
Sahabat:
aku xpandai untuk berkata2, tapi biarlah puisi yang ku buat ini menjadi pengganti bicara..
penggnti diriku

PENGGANTI DIRIKU
Sayangku,
Hari ini kau pergi lagi meninggalkan aku yang terpinga-pinga,
Hari ini aku sendirian lagi menanti dan terus menanti,
Tapi aku akur,kerana ku tahu caramu..
Sayangku,
Hati ini telah mula merindu,
Mengharapkan kasih dan belaianmu,
Namun aku tahu kau ada tanggungjawab yang lebih utama,
Kini ku pendamkan hasratku,
Sayangku,
Tika ini airmataku mengalir,
Mengharapkan kepulanganmu,
Menantikan kehadiranmu,
Sayangku,
Hatiku ini tertanya-tanya apa khabar mu disana,
Diri ini
Namun semuanya sia-sia kau hilang tanpa berita,
Sayangku, xingin ku pejamkan mataku ini,
Kerana ku takut
Tak ingin ku kerdip mata ini kerana aku masih ingin menatap wajahmu,
Sayangku
Ku tahu pergimu kerana tanggungjawab,
Ku TAHU tujuan dirimu,
kerana itulah kau terlalu istimewa bgku,
Sayangku,
disaat pertama kali ku bersua denganmu,
Ingin ku tatap wajahmu,
Ingin ku renung dalam matamu,
Ingin ku luahkan isi hatiku..
Sayangku,
Dalam kerisauan aku menanti khabar darimu,
Dalam kegelisahan aku mencari bayangmu,
Mengharapkan sekelumit rindu,
Mengimpikan hadirnya dirimu padaku,
Aku menangis sendiri,
Air mata ini menjadi saksi,
Betapa aku menyintai,
Betapa aku mengasihi,
dan betapa aku menyayangi.
Sayangku,
Suatu hari nanti andai ditakdirkan aku pergi,
Usahlah kau menangis,
Usahlah kau salahkan dirimu,
Iringi aku dengan doamu,
Tanamkan aku dengan talkinmu,
Sematka aku dalam hatimu dengan bacaan yasin..
Sayangku,
Aku ingin kau tahu aku xpernah menyesal mengenalimu,
Bahkan aku bangga mampu memiliki cintamu,
Kerana engkaulag kesayanganku,
Sayangku,
Dengarkanlah,
Puisi pengganti diriku,
Buat insan bernama kekasih,
doa bt kekasih
DOA KEKASIH
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku.. titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kemesraan itu abadi.
Ya Allah..Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku adti kekecewaan.. yaAllah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan..menolaok bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah.. agarku sentiasa tenang..
Walau tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku..sesungguhnya Engkau maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini
YA Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..Di dunia dan akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..di dunia mahupun akhirat..menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagian di akhirat..dan periharalah kami dari azab api neraka..
Amin Ya rabbil ‘alamin
buatmu kekasih
Buatmu kekasih
Buatmu kekasih…
Kupanjatkan doa-doa kudus…
Bersulamkan linangan airmata penuh harapan…
Ditika dinihari…
Menghambur kenangan-kenangan silam yang tak bisa padam…
Disebuah mahligai impian..
Yang tiang serinya…
Terbina dari sejuta pengorbanan…
Berlantaikan berlian dari kasih sayang…
Gentingnya…kususun dari Cinta penuh manja…
Hiasan yang tersedia dari gelak tawa yang penuh ria…
Berpagarkan dendangan puisi-puisi syahdu…
Buatmu kekasih…
Kuanyamkan penantian penuh keinginan…
Melihat kau bisa gembira dan tersenyum…
Diatas landasan baru yang kau pilih…
Bermahkotakan intan permata…
Limpahan kemewahan yang tak terhingga…
Buatmu kekasih…
Kusiramkan air seharum mawar kembang mewangi…
Diteratak baru kasihmu…
Agar berseri dan tak mudah layu…
Biar bahgiamu sehingga keakhir waktu…
Buatku kekasih…
Tawamu cukup menghilangkan dahaga…
Gembiramu tenang dalam jiwaku yang sering gering…
Senyummu…akan melegakan sejuta kerunsingan…
Bahgiamu adalah sumber inspirasiku…
Untuk terus menanti…
Dan menanti… dengan cebisan cinta yang pernah kau beri…
Walau sebentar…Namun getarannya menembusi seusia dunia….
Tenanglah hendaknya engkau dalam kebahagiaan yang tersurat buatmu…kekasih…








